Wednesday, December 9, 2009

Hawa

Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir
dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam
dan sekaligus disususli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita
melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tdak menilai wanita
melalui keayuannya, keremajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.,
Tetapi lelaki yang baik akan menilai
wanita melalui akhlaknya, peribadinya
dan yang paling penting pegangan agamanya...
Lelaki yang baik juga,
tidak menginginkan pertemuan dengan
wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan
kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu
bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam
sebuah pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongna jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu
bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan
buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah
di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan
yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah...
Cintailah keluargamu kerana
kau tak akan jumpa cinta
yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali
tangan yang mengoncang dunia
juga yang mengoncang iman lelaki.

p/s:peringatan wat dirku yg dhaif nie gak..=)

No comments: