Friday, March 2, 2012

jarak ini menjaga aku dan dia


Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

Tuesday, February 28, 2012

ustaz d0n



tertarik dengan kata-kata ustaz d0n..ustaz d0n nie 0rang penang..d0k kat permatang pauh..

::> Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup. :)

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wallahu a'lam. ♥ <::

Saturday, February 25, 2012

di mana DIA di hatiku..?

assalamualaikum wbt.. :)

alhamdullilah, syukur padaMu Ya Allah kerana akhirnya pertemukan diri ni dengan buku yang dicari-cari selama ni..buku yang ditulis 0leh Pahr0l M0hd Juoi, di mana DIA di hatiku..???

l0ve t0 share with u all the sin0psis DI MANA DIA DI HATIKU..??

kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara..kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup..hati akan mati, hidup hilang erti...tanpaNya, kita akan hilang arah dan diri sentiasa gelisah...jiwa akan terasa k0s0ng sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpa ruah..


0rang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingatiNya..0rang yang takutkan ALLAH pasti akan bergetar hati apabila mendengar ayat-ayatNya..andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya..itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi..


Di mana DIA di hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redhaNya..sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunanNya lebih luas daripada pintu kemurkaanNya..sem0ga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabha diri..di mana letaknya kita di sisi ILAHI...??

s0, memang sesuai kalau nak bagi present kat kawan-kawan buku ini..



saya suka sangat buku ni and it inspiring me at the same time.. :)


Sunday, February 19, 2012

hikmah disebaliknya

assalamualaikum..
lama tak guna bl0g nie...banyak menda yang dah berlaku pada diriku nie...
and setiap pa yang terjadi adalah ujian dari Allah..kadang-kadang diri ini terleka..terlalu leka dengan dunia...bila Allah bagi nikmatNya yang sedikit pada kita kita dah lupa... ALLAHU AKHBAR...

diri ini bukan se0rang yang baik..diri ini masih dhaif, banyak khilaf yang perlu diperbaiki...masih banyak yang perlu saya pelajari untuk berubah..nak ubah diri untuk menjadi se0rang yang baik bukan satu benda yang senang..tetapi lebih baik kita berubah sl0w2 tapi istiqamah even sikit perubah yang kita wat..insyaAllah, sikit-sikit berubah, lama-lama jadi mudah..

 Rasulullah saw bersabda :
“Istiqamahlah kamu semua, dan beruntunglah jika kamu istiqamah.” (HR Ibnu Majah)


diringkaskan cerita, since saya habis study, bermula la ujian yang saya saya hadapi sampai sekarang..saya redha dengan ujian yang Allah bagi..kerana pa saya redha..??sebab Allah dah berfirman dalam surah al-ankabut, ayat 2 & 3..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

insyaAllah, saya akan share hikmah yang saya dapat di sebalik ujian yang saya dah tempuhi after this..

salam mujahadah dari diri hamba yang dhaif.. :)