Wednesday, December 16, 2009

fikir2kanlah!!!

Maaf andainya terasa. Tetapi ini
hanyalah sebagai pengajaran bersama.

Antara Perkara yang bermanfaat
daripada coupling :
1) Seronok (dapat fitnah)...
2) Seronok (dapat dosa)...
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung stp bulan...

6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas... berapa kali dah miss solat
pasal asyik berdating... tak pulak risau!)...

7) Banyak termenung dan senyum sendiri(pasal ingat peristiwa riang dengan
awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh
datang pada bila-bila masa)...

8) Lebih mengutamakan awek daripada orang lain(hidup dalam dunia sendiri,
dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak
takut pulak!)

10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA
daripada saham PAHALA...

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi
PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi ;

1) banyak sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu
kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal
p'campuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu
lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak
melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... pada pendapat
mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat
sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai
tudung... So tak apa lah dosa pun sikit saja. Nanti dah kahwin settle
dan taubat lah. Ana bab ini yang payah nak jawab... ada saja alasan dia orang
untuk melepaskan diri. orang kata kalau dah nak buat tu memang macam2
helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyakkan
bersabar dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu
Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan+ve. Hasil
daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan
attraction between the charge can't be controlto act in a much more
appropriate manner... maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada
ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Takapa lah
dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana
buruk.. biorlah". Betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah
besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua
ibu bapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun,
aurat lain tidak dijaga seperti cara bergaul, bercakap,dan sbgnya. Ini
m'buka ruang pada lelaki2untuk memulakan projek mereka. Tak p'percaya
cuba pergi lepak (tujuan untuk mengambil iktibar) kat KL... Ada yang
elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah
lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada
chance ini...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran untuk jadi
setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelakiso dapat banyak
boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak ada awek maka
macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lagi kalau tengok
member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling

No comments: