Wednesday, October 24, 2012

biarlah ALLAH membalasmu..


"Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [al-Ankabut; 29: 6]


Terdapat banyak perkara yang kita lakukan di dunia ini, yang kadangkala nampak one-sidedly, seolah-olah tidak tidak dipandang kerana tidak memperolehi apa-apa respon & tidak mendapat balasan.

Hal ini buat saya teringat,
Di dalam novel Tautan Hati tulisan Ustazah Fatimah Syarha, Umar al Mujahid berasa bosan dengan halaqoh yang disertainya & keluar berdating dengan seorang wanita bukan mahram. Lalu Allah buka aib & dosanya itu lalu terlihat oleh sahabat-sahabatnya yang sedang berhalaqoh tidak jauh daripada tempat dia berdating itu.

Umar sebenarnya frust apabila Asiah Yusro (wanita idamannya) tidak memberi respon positif kepada hasrat hatinya yang cintakan muslimah itu di dalam diam-diam. 

Malang sekali, hanya sebab tidak diberi respon yang baik oleh seorang wanita, Umar yang soleh itu berpaling & hatinya memberontak.


Di dalam dunia ini... 
Banyak perkara yang kita lakukan, apabila tiba certain period of time, kita merasa letih, rasa tidak berbaloi & membazir.

Mengapa jadi begitu agaknya?

Apabila kita tidak mengetahui untuk siapa kita melakukannya, apa matlamat kita melakukan serta motif kita melakukan sesuatu itu.. 
Ya, tentulah kita akan letih.

Tambahan pula, jika kita melakukan sesuatu itu memang semata-mata kerana mahukan perhatian & balasan daripada target tertentu. Jadi, apabila kita tidak memperolehi apa yang dihajatkan, tentulah kita kecewa, sedih & frust.

"Memuaskan hati manusia itu melelahkan. Kerana manusia tidak akan pernah merasa puas."

Oleh itu...
Amatlah penting untuk kita mengetahui, mengenal pasti semula 3 perkara sebelum kita melakukan sesuatu, terutama sekali apabila kita melakukan kebaikan.



Untuk Siapa?

Pertamanya, 
Jom kita bermuhasabah kembali, untuk siapa agaknya kita melakukan kebaikan itu?

"Saya pakai macam ni untuk meraih perhatian orang yang saya cinta."  
- Jadi, bila orang itu tidak tertarik kepada kita, kita rasa kecewa. 

"Aku hadiahkan dia ini supaya next time, birthday aku dia akan balas dengan hadiah yang lebih mahal lagi." 
- Malangnya, bila si dia tak membalas hadiah kita itu, kita rasa hampa. Lebih teruk, kita putus asa untuk menghadiahinya sesuatu di masa depan. 



"Aku berjanji akan jadi lelaki yang soleh. Mulai hari ni aku akan istiqomah solat jemaah dekat masjid, buat kerja dakwah, hafaz quran supaya perempuan idaman aku akan pandang aku." 
- Bila perempuan idamanmu tidak memandangmu, malah dia menerima pinangan orang lain... maka, kamu merasa amalan kebaikanmu itu semacam sia-sia sahaja.

Oleh itu...
Amatlah perlu untuk kita perbetulkan semula niat kita dalam melakukan sesuatu.


"Tidak (diterima) amal-amal itu, melainkan menurut niat. Seseorang tidak akan dapat, melainkan apa yang ia niatkan.Lantaran itu barang siapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka pahalanya itu ialah (pahala amalan) kerana Allah dan RasulNya dan barang siapa berhijrah kerana dunia, nanti ia dapat dunia itu, atau kerana perempuan nanti ia kahwin dengan perempuan itu, (singkatnya) ganjaran hijrah itu menurut niat ia berhijrah". [HR Bukhari]

Niat, biarlah kerana Allah.

"Hm... macam mana nak niat kerana Allah? Susah nak ikhlaskan hati. Sikit sebanyak, mesti ada niat tersirat yang lain..." 

Ustaz Azhar Idrus di dalam satu kuliah maghribnya sewaktu di Masjid Negeri Penang pernah berpesan bahawa ikhlas itu sesuatu perihal yang sangat private & confidential. 

Ikhlas itu rahsia Allah. 
Jadi apa kata, yang itu kita serahkan kepada Allah?

Bahagian kita, kita usahakan untuk meniatkan segala yang kita lakukan adalah semata-mata keranaNya.

Sebelum melakukan sesuatu. Terutamanya hal kebaikan; letak tangan di dada sebelah kiri & berkatalah dengan perlahan kepada diri sendiri; 
"Ya Allah, aku melakukan ini adalah kerana inginkan redhaMu." 
        Katakanlah lagi; 
"Demi Allah, aku melakukan ini kerana Allah."

Cuba dahulu.
InsyaAllah kita akan 'terasa' satu perasaan asing di dalam hati kita.
Tak tahulah apa dia.
Tapi rasa macam manis sangat.

:)

Niat lillahi taala.
InsyaAllah tiada kecewa.

-------------------------



Motif & Matlamat Utama.

Keduanya,
Tanya semula diri; 
"Apa motif & matlamat aku buat semua ini agaknya..?"

Seseorang yang baru berjinak-jinak untuk melangkahkan kakinya untuk solat berjemaah di masjid, awalan niat & motifnya mungkinlah kerana terikut-ikut kepada  pelawaan sahabatnya.

Mungkin juga kerana dia mahu menjadi insan yang lebih baik. Lalu, sekadar terikut-ikut method orang lain yang pernah menjumpai'turning point' dengan cara yang sama.

Apapun motif & matlamat kita melakukan sesuatu perkara, biarpun awalannya bercampur baur kerana ingin itu, kerana ingin ini..

Tetapi insyaAllah, jika niat itu kerana kebaikan, mahukan kebaikan,insyaAllah, Allah akan bukakan hati kita untuk melihat motif utama sesuatu amalan ialah semata-mata kerana mahukan keredhaanNya.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah & berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [2:218]

Percaya pada Allah. 
InsyaAllah, sekali lagi kita tidak akan kecewa.

Seorang muslimah, dikatakan terbuka hati untuk menyertai usrah kerana terikut-ikut ajakan teman-temannya yang lain.

Kemudian, apabila sudah bertambah seronok, motif dia pergi ke usrah adalah kerana inginkan ilmu, berukhuwah dengan ahli-ahli usrah, meluahkan perasaan sesama ahli usrah dan sebagainya.

Namun, apabila Allah memberikannya kefahaman agama, lama kelamaan, dia sedar, bahawa sepatutnya setiap amalan kebaikan dilakukan semata-mata mahu mendekatkan diri kepada Allah & meraih keredhaanNya.

"Apabila Allah memilih seorang hamba untuk menjadi baik, Allah akan Memberikannya faqqih fiddin (kefahaman dalam agama)." 

--------------------------



Serahkan KepadaNya.

Ketiganya,
Berpeganglah bahawa hanya Allah yang berhak membalas kebaikan kepada kita. Kita juga kena yakin bahawa semua yang berlaku adalah atas keizinanNya.

Ya,
semuanya berlaku atas keizinan Allah.


Adalah tidak tepat untuk kita berpegang;  
"Jika kita mudahkan urusan orang lain, kelak orang lain juga akan selalu mudahkan urusan kita."

Juga adalah tidak tepat apabila kita beranggapan; 
"Jika melakukan kebaikan kepada orang lain, maka suatu hari nanti mereka akan membalas kebaikan juga kepada kita."


Dua statement ini adalah tidak tepat.


Percayalah, jika sandaran kita adalah kepada manusia.
Kita akan kecewa.

Kerana yang memegang & menggerakkan hati manusia itu adalah Allah.

Orang yang kamu cintai, membalas semula perasaan yang sama untuk kamu, hal itu adalah kerana Allah membuka hatinya untuk mencintaimu.

Sahabat kamu membalas hadiah kamu & berterusan menggembirakan hatimu adalah kerana Allah menginginkan hal yang sedemikian berlaku kepadamu.


Maka, betulkanlah persepsi.  
Statement yang sepatutnya kita pegang ialah; 
"Jika kita memudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita pada waktu yang kita tidak ketahui." 

Juga; 
"Jika kita melakukan kebaikan kepada orang lain, Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang setimpal & insyaAllah Allah akan menggerakkan hati-hati hambaNya yang lain untuk berbuat baik kepada kita di waktu yang kita sendiri tidak jangkakan."



Semuanya untuk Allah. 
Semuanya datang daripada Allah.

Maka, kembalikanlah semula semuanya kepada Allah.

Samada Allah benar-benar ingin memudahkan urusan kita & membukakan hati orang lain untuk berbuat baik kepada kita, itu adalah Hak Dia. 


Jika Allah membalas kebaikan kita dengan nikmat, kita bersyukur. Jika tiada apa-apa balasan, itu sepatutnya tidak mengurangkan sedikit pun rasa semangat kita untukistiqomah berbuat baik. Hal ini kerana kita tahu, cepat atau lambat, Allah tetap akan membalas semua kebaikan kita hatta sebesar biji sawi.



Buat sesuatu tanpa mengharapkan balasan.
Itulah namanya keikhlasan.



Selalulah ingatkan diri sendiri & juga orang lain;

"Sebelum kita berani untuk meminta kepada Allah supaya memberikan kita perkara-perkara yang kita cinta, lakukanlah dahulu perkara-perkara yang Allah cintai."

Lakukan kebaikan yang dicintai Allah, insyaAllah Allah akan memberikan apa yang  terbaik untuk diri kita.

Maka, ingatlah 3 perkara tadi; 
1) Niatkan kerana Allah. 
2) Motif? : Untuk mendapatkan keredhaan Allah. 
3) Saranan : Buat apa yang Allah suka & Allah akan memberikan apa yang kita sukai.

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas berserah diri kepada Allahsedang dia mengerjakan kebaikan, & mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya." [an-Nisa'; 4:125]

-------------------------------



Bertakwalah Hanya KepadaNya.

Apabila Allah Mengetuk semula pintu hati Umar untuk melihat motif & matlamat utama kehidupan, dia akhirnya sedar bahawa tidak mendapat cinta Asiah Yusro bukanlah apa-apa padanya. Kerana waktu itu, sibghah (celupan/agama) Allah telah pun memenuhi hatinya.

Dia sedar, matlamatnya hanyalah Allah.

"Allah Pelindung orang yang beriman. Dia Mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir, pelindung mereka adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya."[2:257] 

Hakikatnya, apabila mata hati kita telah pun memandang kepada akhirat, maka hati kita tidaklah akan begitu terkesan dengan hal-hal keduniaan yang sangat kecil & remeh.

Kerana kita tahu, hidup ini cuma untuk sementara.

Kebanyakan kita terasa lelah & penat kerana kita asyik mengejar 'sesuatu' yang sedang berlari jauh meninggalkan kita. Kita mengejar dunia yang bakal kita tinggalkan sedangkan kita mengabaikan bekalan yang bakal dibawa pergi ke akhirat yang abadi.

Perbetulkan niat, perhalusi matlamat, luaskan pandangan.


Kita terlupa barangkali selama ini, tiada apa yang kita lakukan akan terlepas daripada pandangan & perkiraan Allah SWT. 

Ya, Dia sedang Melihat kita.
Ya, Dia sentiasa Memandang kita.

Kiranya perbuatan baik kita tidak dipandang oleh manusia. Itu tidaklah apa.

Kiranya amalan baik kita tidak menyentuhi hati manusia. Itu pun bukanlah apa-apa.

Yang penting, keredhaan Allah itu kita perolehi. Kerana Dialah segala-galanya.

Tak apa kalau manusia tidak kenal kita. Tak apa kalau manusia tidak iktiraf kewujudan kita. Asalkan Allah & para penghuni langit kenal siapa kita kerana Allah mengangkat & menerima semua doa & amalan kita ke langit.

Subhanallah.
Itulah impian kita yang sepatutnya.

Sebagai penutup,

.

assalam...
tatau macam mana nak cakap..pendek kata, best sgt2 tg0k rncngn destinasi cinta kt astr0 104..this time turn irma & redza pulak..s0 sweet this c0uple..
c0nclusi0nnya, saya suka laki macam redza..heheheh..mybe saya just mimpi ja..nak dapat macam tu, alamatnya pakai takda la...

# padan muka..sehari tak study... :(

Tuesday, October 23, 2012

diam itu lebih baik

jika menulis / menaip, ayat yang salah boleh saya padam...tetapi jika tersalah bicara, terguris rasa hati seseorang.? mana mungkin dapat saya hilangkan parut lukanya...ucapan maaf tak mungkin cukup...yup..!!mmg tak cukup..

tak nafikan, kawan itu penting...saat dengan teman-teman manis...namun, saat bersendiri juga indah...s0metimes, saya memilih untuk bersendiri bila menyedari saya cenderung untu
k menyakiti orang-orang sekeliling saya dengan kata-kata, perbuatan, dan tindakan saya...

saya sedih apabila orang meyakiti saya...
saya sedih apabila orang berkata kasar dan meninggikan suara pada saya..
saya sedih apabila orang menyakiti saya dengan tindakan kasarnya.

s0, saya tidak mahu menjadi orang2 yang seperti itu...lebih baik saya diam...diam dan menyendiri...tak menyakiti sesiapa dan tak menyusahkan sesiapa...





Diam lebih baik dari berkata tetapi menyakiti orang lain. Diam lebih baik dari berkata tetapi tidak memberi faedah. Diam itu lebih baik dari kata-kata fitnah. Diam itu lebih baik jika berkata tetapi tidak ikhlas. 

Sunday, October 21, 2012

;)

assalam...
minggu yang paling bz..
4days kerja..in the same time kena uruskan pinjaman adik2 yang kat mesir..
lusa nak exam dah..memang saya ketepikan bab study tu..
utamakan adik2 first..

smg ALLAH permudahkan segala urusanku ini..
# dalam kereta still have time untuk stduy kan..d0nt w0ry...

p/s: sejak akhir2 nie, ramai engineer muda2 kat kilang..hands0me2 plak tu..hahahahha..astaghfirullah..tak jaga pandangan betul saya... -_-

Monday, October 15, 2012

sukar untuk diungkap

Assalamualaikum wbt.

sukar ingin ku ungkap kata..diringkaskan cerita, a few week, saya berada dalam dilema..but alhamdullilah, after istikhrah and get suggestion from my sis, saya dah wat keputusan..if, saya berjaya dapatkan ^&^ insyaALLAH itulah petunjuk yang ALLAH bg pada saya..if n0t, redha & pasrah je la...

n0w, i feel like bagaikan langit dengan bumi with my friends..maybe sebab rezeki tak menyebelahi saya..thats why, saya rasa rendah diri..ntah..sedih nie 0nly ALLAH kn0ws..tapi dari takde menda nak wat, dari d0k menganggur kat rumah, better i d0 s0mething that i can get m0ney..s0me inc0me f0r me..seriusly, saya lebih suka berdikari dari minta duit fr0m my parents..

already 0ne year saya xdapat kerja yang saya apply..ramai kawan2 yang sambung study..but me..??i d0nt give up..saya percaya mesti saya akan dapat kerja 0ne day nanti..semenatar tak dapat keja lagi, saya keja sementara kat Intel..maybe i'm lucky because dalam2 banyak2 kilang, kilang Intel yang susah 0rang nak dapat kerja even as MS..in 0ne m0nth, just 2 weeks ja kerja..and their salary n0t bad..dekat th0usand gk..

lama kelamaan, saya dah tired..bef0re nie saya tak pernah w0rk hard..bak kata 0rang, tak pernah buat kerja susah..tak pernah jadi KULI..yela..my parents have their 0wn bussines..n me..??terasa tercabar bila jadi 0rang bawahan..kakak2 and makcik2 yang kat situ semua tanya napa tak sambung ja study..diorang cakap saya tak sesuai kerja kilang sebab lemah lembut sangat..o0o0ppsss :( sesuai jadi cikgu / kerja kat 0ffice.. ALLAHU ROBBI..apa yang di0rang nampak adalah ALLAH tunjukkan..ALLAH tutup kelemahan yang ada pada diri saya..jzkk makcik2..even terdapat jurang antara kita, tapi tu tak dapat memutuskan ukhwah kita..tak dapat membezakan kita..hanylah iman & takwa yang dapat membezakan kita kan..

alhmdullilah, since one year i/m w0rk ai Intel, i have my 0wn h0use, dah dapat g jalan2 kat beijing, insyaALLAH teringin nak wat k0rban use my 0wn m0ney..rasanya macam nak sambung study..m0ga ALLAH permudahkan..if dapat sambung, saya akan tetap teruskan bussiness saya..

saya tak macam kawan2 saya yang pandai..kerja engineer..di0rang p0n macam tak berminat nak kawan..its 0k..i d0nt care..janji saya happy dengan cara saya..