Tuesday, July 24, 2012

teguran itu tanda sayang

Terkedu membaca statusnya yang latest. Di sebalik tawanya, ada hati yang membengkak. Tapi... hati itu membengkak disebabkan teguran orang lain kepadanya. Sayang, usah biarkan hatimu mula bernanah hanya kerana teguran orang lain.


Apatah lagi teguran itu diberikan untuk kebaikan kita, dunia dan akhirat. Memang dalam hidup, manusia takkan terlepas daripada buat silap walaupun orang tu baik, alim, warak, etc. Dan lumrah manusia juga, terlalu mudah melihat aib orang lain berbanding aib sendiri.

Bila ada sahabat yang menegur kesilapan kita, terimalah nasihatnya dengan hati yang lapang walaupun kita lihat kesalahan yang kita lakukan bukanlah kesalahan yang besar. Salah satu tanda hati kita kotor ialah apabila kita susah menerima nasihat dan teguran daripada orang lain. Dia tegur kita kerana dia sayang.

Bila dia tegur pasal tudung, itu tandanya dia mahu kita menjaga aurat kita dengan baik. Bila dia tegur mengenai solat, itu tandanya dia terlalu sayangkan kita kerana dia tahu, perkara pertama yang dihisab ialah mengenai solat. Bila dia tegur mengenai ikhtilat, itu tandanya dia tidak mahu kita mendedahkan diri kita kepada jalan yang menghampiri zina kerana dia tahu, Allah bukan setakat melarang kita melakukan zina, tapi Allah turut melarang kita mendekati jalan yang membawa kepada zina.

[Sumber]


Bila ditegur, tak perlu kita pendam perasaan geram dan marah di lubuk hati, kerana itu cuma akan menambah noda di hati kita. Jika hati tetap menyimpan perasaan mazmumah itu, usahlah luahkan kepada orang lain, kecuali Allah. Luahkan padaNya, dan mintalah agar Allah hilangkan sifat-sifat buruk daripada diri kita. InsyaAllah, Dia akan padamkan perasaan itu secara beransur-ansur.

Jangan jadikan Facebook sebagai medan untuk kita meluahkan perasaan geram dan marah. Kadang-kadang, kejahilan kita terserlah melalui status yang kita update disebabkan perasaan geram tu.

Jangan lihat siapa yang menegur kita. Dia juga tidak maksum, dan untuk menegur orang lain tidak memerlukan kesempurnaan pada diri seseorang. Kata Sayyidina Ali r.a,

Lihatlah apa yang diperkatakan, dan jangan lihat siapa yang mengatakannya.