Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan hidayahNYA, masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret secebis luahan rasa di laman nota yang sudah lama ditinggalkan terbiar kekosongan. Ku mulakan kalam dengan ucapan bismillah tanda agungnya kalimah itu dalam memulakan semua amal perbuatan kita. Ku tuturkan assalamualaikum tanda kesejahteraan kepada semua pembaca yang sudi membaca kalam ini.
Selawat serta salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’e, tabi’ tabi’e serta mujahid mujahidah yang senantiasa mekar dari zaman berzaman dalam mendaulahkan kembali kalimah haq di atas muka bumi ini.
SubhanaALLAH… Alhamdulillah… ALLAHuakbar…
Dalam kesamaran malam, sempat mencari sedikit ruang untuk bernafas dalam kesesakan yang tiada berpenghujungnya. Waktu yg berlalu begitu pantas tanpa disedari hampir meninggalkan Rejab dan akan hadirnya Syaaban. InsyaALLAH.. Sudah lama tidak menterjemahkan perasaan ke bentuk penulisan, biarpun kesibukan namun dek hati yg melonjak umpama gegendang yang dipalukan semakin laju semakin mengetarkan jiwa, begitu hamba ini, semakin menguatkan hati dan perasaan agar apa yang dirasakan dapat dikongsikan.
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)
Ku mulakan alunan catatan ini dgn sepotong ayat al-Quran diatas untuk renungan agar nurkilan penuh kekurangan ini lebih lengkap dan dapat difahamkan maksud yg tersurat serta tersirat tentang apa yg cuba disampaikan..
Ayat-ayat CINTA ALLAH sememangnya menyentuh hati, seandainya kita mngerti, Sekaligus membawa rasa keinsafan pada diri.. Terpana dengan ayat-ayat yang indah tiada seindah yang lebih membahagiakan jiwa lalu mengembalikan orbit sebenar kehidupan ini iaitu “pengabdian diri kepada yang Maha Pencipta iaitu ALLAH swt.. Ku teruskan tinta yg tidak seberapa dengan kalamullah menyedarkan Kebesaran ALLAH moga yg baik diberkati ALLAH.
Sungguh terasa diri kerdil dan hina, bila ayat-ayat CINTA ALLAH dibacakan dan kisah-kisah/ cerita-cerita Nabi Junjungan Muhammad S.A.W , para nabi dan sahabat-sahabat dikongsikan. Sungguh besar perjuangan mereka menegakkan agamaMu ini Ya ALLAH. Mereka sanggup menerima segala celaan, siksaan dan terkorban dalam perjuangan dan pengabdian diri kepadaMu Ya ALLAH. Mereka yakin dan percaya dan tiada kesangsian terhadap rasulMu, Al-Quran dan syurga yang Kau janjikan.
Hati pantas terusik jiwa semakin tersentuh mengenangkan dunia yang hanya saduran ini telah banyak melekakan hingga adakalanya mengheret jauh dari ALLAH. Dalam kelpasuan ini ku yg dahagakan bimbingan meneruskan pencarian dalam pelayaran yang tidak perhentian. Tiidak mahu diri terus dibelanggu dengan jasad Islam tetapi roh tidak terisi dgn perkataan Islam, akhirnya telah memanjangkan langkahku untuk ke arah mencari apa yang hilang, bukan sekadar hanya belajar perkara asas yang berulang spt solat lima waktu semalam, tapi mendalaminya dan terus belajar dan belajar erti sebenar kehidupan sebagai hamba yg dilahirkan Islam.
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg bertaubat & orang-orang yg menyucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)
Dalam keasyikkan mencari apa yg diinginkan diri, diri ini juga tidak terlepas dari ujian datang bertandang. Syaitan durjana yang tidak mengenal erti berputus asa sentiasa memandang dan mencari peluang utk terus memperdaya manusia. Hati sang penghuni neraka itu penuh dengan kedengkian sengaja mahu merosakan hubungan hambaNya ini dengan ALLAH Yg Esa. Ya ALLAH, sememangnya hidayah telah Engkau berikan, cuma hambaMu perlu mencari dan berusaha jangan hanya mengharap semua dihidangkan. berdoalah siang dan malam agar dikuatkan iman.
“Sesungguhnya orang-orang yg bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”(Al-A’raf: 201)
Dengan niat yang ikhlas utk lebih mengenal Tuhan, diri dipermudahkan lama kelamaan hati terasa makin dekat dengan Tuhan. Kesedaran tinggi terhadap ALLAH dan malaikat yang menyaksikan setiap perbuatan, mengangkat rasa malu bila hamba mahu berbuat sesuatu yg mungkar dan meragukan. Bila terlalai atau tersasar, seperti ada magnet yg akan menarik kembali ke orbit iaitu kembali kepada Tuhan. Benarlah kata yg bijak pandai, jika kita jauh daripada orbit, hidup kita akan menjadi semakin berat, kita menjadi semakin lupa dan lalai...
Sebagai manusia yg bukan bersifat maksum, sememangnya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, yang penting segera insaf dan bertaubat. Semoga daya tahan ini semakin kuat, umpama tarikan panah cinta, yang semakin dekat kepada kebaikan. Seperti firmanMu Ya ALLAH:
“Dan (juga) orang-orang yg apabila mengerjakan perbuatan keji / menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka & siapa lagi yg dapat mengampuni dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka & surga yg di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; & itulah sebaik-baik pahala orang-orang yg beramal.”2 (Ali Imran: 135-136)
Bila kita semakin dekat dengan orbit, hidup kita menjadi semakin ringan. Jiwa terasa damai dan tenteram. Kita menerima takdir dan ketentuan Allah dengan hati yg redha dan penuh kesyukuran. Alhamdulillah, Syukran Ya ALLAH, walau dalam suka dan duka, dalam tawa dan nestapa, dalam susah dan senang, bersyukur dengan apa yang dianugerahkan. Diri ini serba kekurangan, tiada apa yang kumiliki melainkan semua ini hanya pinjaman dan nikmat yg diberikan bila-bila masa akan dikembalikan. Semoga ujian dan cabaran yang mendatang mendekatkan diri utk lebih mengenali ALLAH yang memberikan rezeki halal.
"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu, dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu, dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)
Ya ALLAH Kasihanilah kami Ya ALLAH, bimbingkanlah kami ke jalanMu, walau kami datang ke jalanMu dengan langkah yang perlahan, terimalah langkah-langkah kami ini Ya ALLAH. Andai hambaMu tidak kuat dan semangat hamba umpama “hangat-hangat tahi ayam”, bawalah hamba kembali ke orbitMuYa ALLAH. Jangan jadikan hamba mudah berputus asa untuk berada di jalanmu yang benar.
Dalam terus mempersiapkan diri dgn ilmu ALLAH, tidak lupa perkataan mati yg sentiasa bermain di fikiran, sememangnya mati itu menakutkan, Bukan tidak mempercayai kematian tapi dengan bekalan ibadat, pahala yang tak semana dan sedikit amal kebajikan, bagaimanakah bila berhadapan dengan Mu Tuhan, teringat akan kesakitan, seksaan kubur dan azab api neraka yg amat menyakitkan dan memedihkan...
Itulah kehidupan, dan disaat masih terdapat pengulangan pernafasan, ku kongsikan kata-kata tiada makna ini dgn harapan dapat dijadikan renungan, andaiku pergi sama ada dunia ini atau di alam satu lagi, sekurang-kurangnya mungkin ada kata2 yg boleh diingatkan dan dikenangkan.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah pahala-pahalamu disempurnakan, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-Imran : 185).
“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” (Surah An-Nahl ayat 61.)
Moga esok masih ada sinar kehidupan, masih ada cahaya ketakwaan, masih ada pengulangan pernafasan, masih ada kesempatan, masih ada peluang keemasan untuk hamba mencari MARDHOTILLAH di dunia yg penuh dgn kepura-puraan.
Wahai sahabat yg mnegenaliku sebelum ini, maaf jika diriku tidak semesra yg dikau ketahui, tak serapat yang boleh kita huuuhaaa di sana sini, tapi percaya dan yakinlah kalian masih dihati, cuma pintaku berikan ku semangat dalam menggorak langkah mencari cahaya keredhaan Illahi, jangnlah bekecil hati andai diriku kini berubah dan tidak seperti yang dikenali.
Bukan tulisan tanpa fikiran setiap yang hidup pasti ada kematian, bukan mengharap tak juga meminta untuk pergi, hanya nukilan sekeping hati. Ku susun sepuluh jari memohon maaf andai pernah aku meluka, mengecewa dan terasa. Salam sayang ini selamanya.
