Monday, February 7, 2011

teguran wat diriku

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah al 'Adzim...
Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaih...

Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa...
Pelbagai dosa...
Yang tersirat, mahupun yang tersurat...
Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja...
Kian lama, kian parah...

Dan kini, kesannya mula terasa...
Diri kian lalai...
Fikiran sering memikirkan perkara yg lagha...
Semuanya berpunca dari hati...

Benarlah sabda Nabi, "Dalam diri manusia ada seketul darah, bila baik ia, maka baiklah seluruh (anggota badan),
bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),
ketahuilah, itulah HATI.."

Dunia remaja, dunia yg sering memberi begitu banyak ujian pada hati..
Dan ujian terberat, yg amat sukar ditangani & tak dapat lari dari diri remaja ialah,
ujian cinta...

Ujian inilah yg sudah banyak menumbangkan pemuda-pemuda yang asalnya
hidup berlandaskan Islam, mengikut sepenuh ajaran Islam, tapi akhirnya hanyut,
hanyut & terus hanyut... Hinggalah terjunam ke dalam lembah yang amat hina..
Na'udzubillah...

"Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia adalah perkara yang
terkutuk & jalan yg keji"
Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....
Kerana semua ini adalah perkara-perkara yg mendekati zina atau jalan yang
menuju ke lembah zina...
Maka, hindarilah...!!

Rasanya, sudah cukup setakat ini aku memulakan langkah ke alam yang tak
sepatutnya aku lalui ini...
Berfantasi, berimaginasi dgn sesuatu yg aku sendiri tak pasti...
Cinta itu mmg FITRAH, namun bila gagal mengawalnya, maka itu yang jadi
PARAH...
InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, cinta itu akan bertaut juga...
Jodoh tak ke mana, kerana segalanya sudah ditakdirkan-Nya...

"Aku tak ada hak untuk mengasihi dia,
Dan dia tiada hak untuk mengasihi aku,

Aku tak ada hak untuk merindui dia,
Dan dia tiada hak untuk merindui aku,

Aku tak berhak utk berada di hatinya,
Dan dia tak berhak utk berada di hatiku...

Kerana HAK itu hanya milik pasangannya yg SAH...!!

" Cuba kita fikirkan,

Kalau la org yg kita suka tu bukan pasangan yg ditakdirkan utk kita,
Maka sebenarnya kita dah mengambil hak isteri/suami org yg kita suka tu...
Dan org yg mengambil hak org lain adalah org yg zalim...

Dan kalau la isteri/suami orang yang kita suka itu tahu bahawa kita pernah suka pada suami/isteri mereka, mesti mereka akan merasa lain dengan kita...
Kadang-kadang mungkin boleh menimbulkan ketidakpuashatian, ataupun yang lebih bahaya boleh menimbulkan fitnah kepada kita & dia...
Na'udzubillah...

Cinta sebelum nikah itu cinta yang tak bermakna...
Cinta tanpa asas yang kukuh untuk dipegang...
Cinta yang perit...
Kerana tatkala hati kian diambung gelora cinta, namun anggota tak bisa melakukan apa-apa...
Syariat tetap membataskan...
Hati perlu dijaga, angota badan perlu dijaga...
Maruah, nama keluarga...
Dan yg paling penting panji Islam itu, yang sangat perlu dipelihara...
Jadi, mengapa perlu menyeksa jiwa tatkala jasad tak bisa melakukan apa2....??
Buang masa....

"Tiada cara lain utk mengawal syahwat, selain mengadu & mendekatkan diri kpd Allah dan rasa takut dgn azabNya,"
Bila diri kian jauh dari Allah, maka makin mudah la syaitan nak perangkap kita dgn muslihatnya...
Bagi yg belajar agama, perkara-perkara yang mengundang dosa pun boleh diislamikkan (kononnya...), contohnya istilah 'couple islamik'.
Ini adalah tipu daya & muslihat syaitan...
Jadi, kenangkan azab Allah bila kita terfikir utk melakukan kemungkaran apatah lagi yang berlandaskan syahwat...
InsyaAllah, kalau kita benar-benar orang yang beriman, kita tak akan berani melakukan kemungkaran itu...

Allah itu yang mencipta kita, mencipta dia...
DIAlah yg mengawal segala2nya...
Membolehkan sesuatu yg tak boleh, & menggagalkan sesuatu yang sepatutnya berhasil...
Hanya DIA yg berkuasa atas segalaNya...

Jadi..
Mintalah segalanya kpdNya...
Allah berfirman, "Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu,"
Tapi, makbul atau tidak itu soal kedua...
Kita cuma berserah kepadaNya...
Kalau dimakbulkan, alhamdulillah....
Kalau tak, insyaAllah, Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yg kita minta...

Allah itu lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu...
Jadi, bila kita terima sesuatu, redha & pasrah...
Kerana orang yang beriman itu yakin Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik untuknya....

Tentang perasaan ini, memang ia susah nak hilang...
Tapi, kita akan lupa bila kita mendekati Allah..
Bila hati ini khusyuk mengingatiNya...
Lupakan la segala cinta tak bermakna tu...

Layarkan hati menyusuri cinta seagungnya, cinta kpd Tuhan semesta alam..
Jua cinta kepada Rasul petunjuk seluruh umat...
Itu yang sebaiknya, itu yg seharusnya...

"Hidup ini perlu realistik...
Laksanakan apa yg sudah ada di dpn mata, bukan memikirkan sesuatu yg tidak pasti akan datang dalam hidup kita.."

Sebagai pelajar Muslim, anak solehah (insyaAllah..), abang atau kakak...
Laksanakan dulu segala kewajipan ini...
Baru berfikir untuk menjadi suami/isteri mithali pula.
Cukup setakat ini luahan hati yg sekian lama terbungkam di sanubari...
Moga bukan saja memberi manfaat buat diriku, jua bermanfaat buat semua hendaknya...
Wallahu a'lam...

Sunday, February 6, 2011

lastly.. :D

alhamdullilah...
s0n0knya..lastly dapat gak b0ley ngaji sambil d0k wat assigmnet..
zaman sekarang kan dah canggih..juz search kat internet cari je Quran 0nline.
s0,sambil d0k ngaji b0ley la an wat assgmnt.. 2 in 1..

nie link Quran expl0rer..
http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

sapa-sapa nak share b0ley ja.. =)

Saturday, February 5, 2011

-_-


assalamualaikum...
huhu..cepat bet0i masa berlalu an..rasa macam baru semalam ja start cuti mid sem..tapi rupa-rupanye ari isnin nie dah start class..b0ley tak kalau tanak g class..?

huhu..
nie d0k kalut wat assgmnt safety..subjek yang saya tak suke sangat2...time dia ngajar,saya teng0k ja se0lah2 pay attenti0n la an..sedangkan time dia ngajar saya d0k dengar lagu..s0re dia satu pap0n tak dengar..memang tak minat sangat2..and n0w dah terbukti,assgmnt dia last minute saya wat..

d0k kalut macam nie masa untuk dekatkan diri dengan Allah takda..nie p0n petang2,s0metimes ja baca mathurat..after magrib juz baca almulk + assajadah..
see..nampak sangat lebih pentingkan dunia..
ish2..camna saya nak istiqamah nie.. =(

ape2 p0n, azam saya unt0k tahun nie mesti gak saya penuhi..!!!
kena kuatkan unt0k lawan nafsu dunia..
tak salah kalau berjaya kat dunia tapi kat akhirat kena berjaya gak..

haa..nie azam saya tahun nie..alhamdullilah da yang saya mula wat..
need t0 mujahaddah and istiqamah lagi..

p/s: jangan berputus asa..kerana Allah bersama-sama dengan ku... =)