Friday, November 27, 2009

mahar cinta

h0w cheap gurlz zmn skrg ea???
napa kita xblh jadi seperti sekuntum mawar yg berduri???

nape bila c0uple je,
si laki panggil kat si prmpuan tu 'syg/h0ney/dear/baby'????
and
si prmpuan panggil kat si laki tu 'b/abg??

nape xpanggil ja sume panggilan 'mesra' tu kat laki yg betoi2 halal bg kita???
mmg xslh p0n di sisi agama..
tp pelikla..
napa prlu panggil mcm tu sdgkan kita blm pasti lagi adkah hubungan yg kita jalinkan dgn si die tu akan kekal ke x..
if kekal,xpe..alhmdllah..
if x???
how???
xkesian ke nnt kat suami kita??
kita dh pernah panggil panggilan tu kat laki len selain suami kita..
mmg la die xksh..
tp tahla..
bg sy,sy kisah...

ok..tu 1 bab..

>> pemikiran org melayu yang mengatakan perlu habis belajar baru boleh kawin. maka fitrah diri yg inginkan pasangan meronta-ronta..dan fitrah menjadi fitnah. bercouple la..appa lagi. apa salahnya kahwin ketika belajar....dan jauh dari maksiat tu.
sunnah lagi.
tunggu habis belajar...dalam ketika belajar tu bergaul bebas dengan perempuan?

>> fikiran umat islam yg mengatakan perlu habis belajar baru boleh kawin bkn ajaran islam. malah, islam menggalakkan umatnya kawin awl. utk mengelakkan maksiat. nway, mind set bangsa lain pn samer gak. ni sume mind set masyarakat skrg ni.or melayu jgk yg byk terjebak dlm gejala sosial hari ni!


>> mak bapak yg phm agama bila anak dia ckp nk kahwin,akn benarkan dn bg restu...
xpyh tunggu hbs bljr dn kerja...masing2 sara anak masing2 sementara mereka xbekerja..maksiat pun xberlaku..

>> Itu yg menjadi persoalan utama, Klu mampu, teruskan jer, kawin laju2. takde masalah. Klu tak mampu, blaja sungguh2 n dpt keje besar, bru kawin. Semua atas dasar tanggungjawab. Apa couple ni? Dlm islam takde pn istilah couple pn. btunang adala. Btw, kenape mesti bercouple??? Takkan tak boleh bersabar selama mane sedang belajar(tidak mampu memberi nafkah zahir n batin)?? klu iman cukup kuat, pasti boleh(^_^).

if c0uple p0n bknnye dpt apapa p0n..
yg dpt lg d0sa adala...
ada ka c0uple yg xkuar dating???
ade kan..

xslh if nk jmp,tp msti bw teman untuk xmendatangkan fitnah...
xp0n,panggil ja si laki tu mai rmh if nak jmp...
blh jmp family si prmpuan nie skli...
tp susahla nak jmp laki mcm tu..
sy respect if ada laki yg wat mcm tu..
it means,si laki tu mmg betoi2 jujur n ikhlas...

Thursday, November 26, 2009

sumber : rahsia..hehe..

(but its fact!!!!...nie la realiti yg terjadi pd zmn skrg)

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur buttock.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk buttock pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.




Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu??

Sunday, November 22, 2009

perbezaan lelaki hands0me & x hands0me :p

Bezanya laki hands0me & xhands0me..


kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, kewl giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus lak mamat niyh..

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome hantar komen dlm myspace..cepat2 dibalas..kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa je layan...


korank jgn jd cmni taw!!!sesungguhnya tuhan menciptakan lelaki dan perempuan yg bkn sumer nyer perfect!!!jgn memilih kawan...org elok2 nk kwan trus xjd..xkew naye je cmtu!!!

10 nasihat untuk bercinta =)



1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.


2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.


3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.


4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.


5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.


6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.


7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.


8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.


9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.


10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.


Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.